Kadangkala ‘Sound Direct’ Juga Perlu October 16, 2009
Posted by safwanhussin in : Tazkirah , 3commentsCerita 1
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Masuk seorang budak lelaki ke dalam Cyber Cafe dan menggunakan PC yang ada untuk melayari internet. Aku kenal wajah itu, pelajar IPT berdekatan. Namun dek kerana kesibukan melayan pelanggan yang ramai, maka tidaklah aku menumpukan perhatian kepadanya.
Selesai aku menunaikan Solat Maghrib, kulihat wajah itu masih ada. Aku biarkan sahaja. Mungkin sekejap lagi dia akan solat, hati kecilku berkata. Diam tak diam, sudah jam 8 malam. Pantas betul masa berlalu. Argh, ini tak boleh jadi. Aku mesti menegur beliau, kalau tak nanti dengan aku sekali diheretnya bila disoal di Akhirat. Lalu aku menghantar mesej ringkas ke PC yang beliau duduki “Waktu maghrib sudah hampir tamat. Harap maklum“. Sekurang-kurangnya aku sudah terlepas bebanan tadi.
Customer is Not Always Right [UPDATE] October 12, 2009
Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , 6commentsIni adalah sambungan kepada entri yang lepas
Pada hari Rabu yang lepas aku telah dihubungi oleh SkyNet cawangan Nilai. Berikut merupakan butiran perbualan kami.
Customer is Not Always Right October 7, 2009
Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , 7commentsSeingat aku semenjak di sekolah menengah lagi kita sudah diperkenalkan dengan “konsumerisme” dalam subjek Kemahiran Hidup. Kita diajar bagaimana menjadi pengguna yang bijak, hak-hak sebagai pengguna, sehinggalah istilah ‘Customer is Always Right’. Kebanyakan sekolah rendah yang bertuah juga ada mendidik murid-murid mereka tentang kepenggunaan melalui majalah yang dibekalkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Tidak dinafikan, aku juga seketika dulu berpegang kuat dengan istilah tersebut lebih-lebih lagi setelah menjadi Naib Johan berkumpulan Kuiz Pengguna peringkat sekolah-sekolah Daerah Rompin (itu pun nak cerita ke? Ahaks!!). Namun pegangan tersebut perlahan-lahan mulai pudar semenjak aku mula memasuki alam pekerjaan.
Peringatan Dari Si Kecil, Ringkas Tapi Tegas September 15, 2009
Posted by safwanhussin in : Tazkirah , 1 comment so farSalam Ramadhan.
Di tengah-tengah kesuraman Ramadhan yang semakin menghampiri penghujungnya, ‘blog walking’ menjadi rutin harian saya. Harap-harapnya dapat diambil manfaat, walau tak mampu melipatgandakan ibadah-ibadah khusus.
Antara blog yang menarik untuk dibaca adalah blog adik Najwa Safiyyah yang juga merupakan anak kepada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Saya bawakan petikan dari blog terbabit yang betul-betul menyentuh jiwa.
Peringatan-peringatan yang biasa kita dengar dari kecil tentang dosa menipu dan balasan dipotong lidah di akhirat nanti sudah semakin luput dari ingatan dengan meningkatnya usia. Bukannya tak tahu, tapi buat-buat lupa.
Mula-mula tipu cikgu di sekolah bila kerja rumah yang diberi tidak siap. Di universiti pula berpakat dengan kawan-kawan untuk tiru tandatangan mereka yang tidak hadir ke kelas. Bila sudah masuk alam pekerjaan minta kawan tolong ‘punch card’ bila datang lewat. Makin lama makin terbiasa dengan dosa-dosa macam ni. Alah bisa tegal biasa orang kata. Bukan saya ye, orang lain. Hehe..
Bila dah diperingatkan oleh si kecil ini, tidakkah kita terasa apa-apa? Usah lihat pada yang berkata, lihatlah pada apa yang diperkatakan.
Hah, dengar tu! Jangan buat macam tu…TAU!


