jump to navigation

Menjadikan Hidup Lebih Bererti December 23, 2009

Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , trackback

Seminar Smart Blogging anjuran Rohaizad.Com berjaya diadakan dengan jayanya pada 19 Disember yang lalu di UTM. Banyak input yang aku dapat, juga dapat memuhasabahkan diri aku. Dah lama aku berhajat nak pergi seminar ni, tapi banyak jugalah halangan.

Kesemua peserta yang datang adalah dengan pelbagai tujuan, tak terkecuali aku. Ada yang dah sememangnya ‘expert’ dalam buat duit di internet ni, cuma saja-saja nak tambah pengetahuan. Ada yang terdesak untuk mengubah nasib diri dan keluarga, setelah gagal dengan pelbagai program buat duit yang lain.

Tapi tidak bagi aku. Nak kata terdesak, aku masih mempunyai pekerjaan tetap yang walaupun tidak lumayan gajinya, boleh jugaklah aku menyimpan. Tambahan pula aku masih bujang dan belum terdesak untuk berkahwin. Emak ayah pula lebih kaya dari aku. Jadi bukanlah aku betul-betul terdesak nak membela kehidupan ahli keluarga.

Cuma aku sangat-sangat terkesan dengan kebanyakan tulisan Rohaizad di blog beliau. Bagaimana beliau bermula, jatuh bangunnya di dalam perniagaan. Pernah juga menangis sendirian kerana tidak mampu membelikan diri sendiri baju raya yang baru. Suatu masa, ibunya yang tercinta terpaksa masuk wad kerana jangkitan paru-paru akibat asap ikan bakar yang diniagakan oleh beliau. Banyak lagilah cerita yang kalau dibaca, mau jugak leleh aku ni. Hehe

Dek kerana keterdesakan itu, beliau mengambil jalan mengasingkan diri dalam dunianya sendiri, di internet. Mengintai dan mencari peluang untuk mengubah nasib diri dan keluarganya. Akhirnya beliau kembali dengan penuh keyakinan, bersama dengan jalan baru yang ditemuinya. Ini kerana beliau melihat, dan melihat betul-betul.

Peniagaan internet dan buat duit di internet adalah perkara yang berbeza. Pada ketika ini, ramai blogger yang hanya membuat duit di internet. Menurut tafsiran aku sendiri, ‘usahawan’ adalah mereka yang berjaya menjadikan usaha buat duit menjadi perniagaan. Dan Rohaizad sudah layak mendapat status itu. Beliau sudah mendaftar perniagaannya, sepertimana iklan SSM di TV, “daftar perniagaan anda”. Itu menjadi bukti akan keseriusan beliau terhadap peluang yang dilihatnya betul-betul itu.

Kini beliau bebas bekerja di rumah. Boleh menjaga kedua ibubapa sambil membuat duit sementara mereka masih ada. Dan kedua ibubapanya juga boleh menerima jalan yang dipilihnya ini, di kala orang sekeliling mengatakan macam-macam kepada beliau yang asyik duduk di rumah saja. “Tak kerja ke?”, tanya mereka. Ah, biarkan saja mereka itu. Kerana walaupun mereka melihat, tapi mereka tidak melihat betul-betul.

Apa guna aku cerita semua ni? Satu je tujuannya. Setelah sekian banyak aku membaca kisah beliau, akhirnya aku sudah menjadikan beliau inspirasi aku. Hanya kerana sebab itulah aku pergi ke Seminar Smart Blogging anjuran beliau. Bukan kerana aku mahu kaya semata. Kalau aku memang bertujuan nak jadi kaya sampai tahap jutawan tu, baik saja aku pergi Seminar Jutawan yang banyak dianjurkan dengan yuran yang entah apa-apa dan pesertanya balik dengan seribu satu persoalan. Haha..

Comments»

no comments yet - be the first?