jump to navigation

Kadangkala ‘Sound Direct’ Juga Perlu October 16, 2009

Posted by safwanhussin in : Tazkirah , trackback

Cerita 1

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Masuk seorang budak lelaki ke dalam Cyber Cafe dan menggunakan PC yang ada untuk melayari internet. Aku kenal wajah itu, pelajar IPT berdekatan. Namun dek kerana kesibukan melayan pelanggan yang ramai, maka tidaklah aku menumpukan perhatian kepadanya.

Selesai aku menunaikan Solat Maghrib, kulihat wajah itu masih ada. Aku biarkan sahaja. Mungkin sekejap lagi dia akan solat, hati kecilku berkata. Diam tak diam, sudah jam 8 malam. Pantas betul masa berlalu. Argh, ini tak boleh jadi. Aku mesti menegur beliau, kalau tak nanti dengan aku sekali diheretnya bila disoal di Akhirat. Lalu aku menghantar mesej ringkas ke PC yang beliau duduki “Waktu maghrib sudah hampir tamat. Harap maklum“. Sekurang-kurangnya aku sudah terlepas bebanan tadi.

Namun, dia tetap tidak berganjak dari kerusinya. Mahu saja aku ’sound’ dia di dalam tu. Tapi mengenangkan ramai yang ada di dalam kebanyakannya perempuan, kusimpan saja hasrat tadi. Tetap jam menunjukkan 8.15 malam dia selesai menggunakan PC dan keluar untuk membuat pembayaran. Ya, kali ini peluang untuk aku ’sound’ dia tanpa menjatuhkan air mukanya di depan orang ramai. “Tak sembahyang maghrib ke?“, tanyaku selamba. “Heh, sempat lagi tak bang?“, jawabnya yang lebih selamba daripada pertanyaan aku.

Cerita 2

Khairy (bukan nama sebenar) tidak suka bekerja. Hidupnya dihabiskan dengan bermain ‘game’ komputer milik rakan-rakan rumah sewanya. Makan minumnya juga ditanggung oleh rakan-rakannya itu yang sudah letih menasihatkan beliau supaya bekerja. Akhirnya mereka membiarkan sahaja Khairy dalam keadaan sebegitu, asalkan dia bahagia.

Tuan rumah tersebut yang bolehlah dikatakan berpangkat ‘emak’ dengan mereka juga sudah rasa tidak senang apabila selalu melihat Khairy asyik dengan makan, minum, tidur, dan bermain ‘game’ sahaja seharian di rumah. Nak dikata tak berupaya, Khairy bukannya OKU. Cukup sifat walaupun kurang hensem.

Akhirnya si Tuan rumah ini mencari kesempatan setelah rakan-rakan Khairy pergi bekerja. Maka diungkapkanlah nasihat kepada Khairy dalam bentuk kiasan untuk tidak melukakan hati beliau. “Khairy, kau ni makcik tengok asyik duduk mengadap komputer saja seharian di rumah. Kalaulah kerusi tu boleh bercakap…” belum sempat si Tuan rumah menghabiskan ayatnya maka terus disampuk oleh Khairy “Kalau kerusi tu boleh bercakap, memang saya larilah!” dalam nada jenaka beliau..

Cerita 3

Kembali kepada kisah CyberCafe.

Pada suatu petang, datang seorang pelajar lelaki IPT berhampiran untuk menggunakan internet. Beliau duduk di sebelah pelanggan perempuan yang juga pelajar IPT berhampiran, tetapi berlainan. Tiba-tiba pelanggan perempuan tadi menutup hidungnya dan menjarakkan badannya dari pelajar lelaki tadi.

“Ish, apa yang tak kena ni”, getus Agus (bukan nama sebenar) penjaga Cybercafe terbabit. Tiba-tiba seorang demi seorang pelanggan keluar. Akhirnya dikenalpasti bahawa pelajar lelaki tadi mengeluarkan bau yang sangat-sangat tidak menyenangkan. Boleh dikatakan seolah-olah tidak mandi selama beberapa minggu.

Agus berasa serba salah. Kalau ditegur, nanti terasa hati pula. Kalau tak ditegur, nanti semakin ramai pelanggan yang lari keluar. Maka Agus nekad mengeluarkan sebotol ‘perfume’ yang baru dibeli lantas disembur segenap ruang di dalam Cybercafe tadi. Habis sebotol, bau tetap tidak hilang. Macam mana bau nak hilang, pelajar tadi masih ada lagi.

Peristiwa itu berulang sebanyak 2 kali. Kali yang terakhirpelajar itu datang, Agus sedang bercuti. Maka akulah menggantikan tempatnya. Baru saja pelajar itu mahu duduk, aku memanggilnya keluar. ‘Line clear’, tiada pelanggan lain di luar. Maka berlakulah dialog seperti di bawah

Aku    :    Sorilah bro, saya tak boleh bagi you masuk.
Pelajar    :    Kenapa?
Aku    :    Ramai customer ‘complain’ badan you berbau, jadi ramai customer kita lari.
Pelajar    :    Eh, badan saya ok saja lah.
Aku    :    Kalau saya seorang, mungkin boleh kata hidung saya silap. Ini ramai yang ‘complain’ takan hidung mereka pun silap.
Pelajar    :    Saya nak buat assignment ni bang. Tolonglah bagi saya masuk, esok dah nak kena hantar ni.
Aku    :    Boleh, tapi saya nak you settlekan satu perkara je dulu (maksud aku mandi la).
Pelajar    :    Saya dah mandi la bang..
Aku    :    Mandi apa macam ni, masih bau lagi.
Pelajar    :    You tak boleh cakap macam tu. Bahasa you guna dah melukakan hati saya tau.
Aku    :    Saya dah guna bahasa selembut yang mungkin. Tapi you masih buat-buat tak faham. Saya suruh you balik mandi saja. Dah mandi, gunalah nak guna lama mana pun.
Pelajar    :    Saya nak buat assignment ni.
Aku    :    You pergi CC depan sana.
Pelajar    :    Saya dah pergi tadi, tapi penuh.
Aku    :    You tau tak sebab apa CC depan sana penuh? Sebab customer sini dah lari ke situ. Tau tak sebab apa?
Pelajar    :    Sebab apa?
Aku    :    Sebab you lah!! (Aku dah start panas)

Kesimpulan

Biasanya kita pendamkan saja ketidakpuasan hati kita, teguran kita untuk menjaga hati orang lain. Jalan terbaik untuk menegur, kita gunakan kiasan. Namun masih ramai buat-buat tak faham, bahkan kiasan atau sindiran kita tadi dibalas dengan loyar buruk mereka.

Contoh mudah aku ambil dari blog seorang siswi melalui post beliau

sindiranTidaklah aku nak kata cara beliau bagi sindiran itu salah. Tapi ramai sangat yang aku jumpa, bebudak lelaki IPTA dan IPTS yang menjawab apabila ditegur. Kalau disindir terlebih-lebih lagilah mereka loyar buruk. Antara contoh jawapan loyar buruk yang boleh mereka bagi seperti berikut

sindiran-loyar-buruk

Jadi bagi mereka-mereka yang tak faham-faham ni, ’sound direct’ je!!

[UPDATE] Handphone aku telah selamat sampai ke tangan. Tahniah Skynet di atas kecekapan menangani kecuaian pekerja anda. Harap tak mengulangi kesilapan yang sama.

Comments»

1. beliamuda - October 19, 2009

Perkara yang betul dan jelas salahnya, memang perlu ditegur direct je. Kalau tegur sinis tu, jadi macam yang bro tulis kat atas tu la. Menjawab, menyindir balik dan masuk telingan kanan, keluar telinga kiri~

2. safwanhussin - October 19, 2009

Kadang-kadang takut kecik hati pulak. Lebih-lebih lagi orang tua

3. ash - October 27, 2009

Kalau yang dah takde perasaan tu, sembur depan muka die pun die leh wat slumber je. Dunia2…huhu.