Customer is Not Always Right October 7, 2009
Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , trackbackSeingat aku semenjak di sekolah menengah lagi kita sudah diperkenalkan dengan “konsumerisme” dalam subjek Kemahiran Hidup. Kita diajar bagaimana menjadi pengguna yang bijak, hak-hak sebagai pengguna, sehinggalah istilah ‘Customer is Always Right’. Kebanyakan sekolah rendah yang bertuah juga ada mendidik murid-murid mereka tentang kepenggunaan melalui majalah yang dibekalkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).
Tidak dinafikan, aku juga seketika dulu berpegang kuat dengan istilah tersebut lebih-lebih lagi setelah menjadi Naib Johan berkumpulan Kuiz Pengguna peringkat sekolah-sekolah Daerah Rompin (itu pun nak cerita ke? Ahaks!!). Namun pegangan tersebut perlahan-lahan mulai pudar semenjak aku mula memasuki alam pekerjaan.
Situasi alam pekerjaan yang memerlukan aku untuk berhadapan dengan pelanggan membuatkan aku tersedar bahawa pelanggan ini ada banyak jenis. Ditambah pula dengan darah muda yang mengalir dalam diri ini, bila ada pelanggan yang maki-hamun aku, mestilah aku balas balik. Tidaklah aku kata tindakan aku tu betul, tapi faham-faham lah kan orang muda. Hehe
Prinsip aku yang salah tetap salah. Tak adanya ‘customer is always right’. Kalau pelanggan salah, memang dia salah. Kalau aku pulak yang salah, memang aku akan mintak maaf depan-depan dia jugak. Walaupun dia jauh lebih muda daripada aku.
Terima kasih kepada anda kerana sanggup membaca mukaddimah entri ni. Ha, baru mukaddimah. Belum masuk isinya lagi. Dipendekkan cerita baru-baru ni aku berasa amat dukacita dengan handphone aku yang ada sekarang ni. Dah banyak yang rosak, yelah dah lebih 3 tahun kan. Jadi setelah dikira kedudukan kewangan, cash flow dan simpanan tetap aku bulan ini yang sudah membenarkan aku untuk bermewah, maka aku memutuskan untuk membeli handphone baru.
Aku bukanlah peminat iPhone mahupun Blackberry. Apatah lagi telefon dengan ciri-ciri ‘canggih yang tidak aku perlukan buat masa ini seperti kamera, 3G, MP3 dan sebagainya. Pada aku, cukuplah handphone aku untuk ‘call’ dan SMS sahaja. Setelah disurvey, dihitung, difikir semasak-masaknya maka aku memutuskan untuk membeli Nokia 1208 seperti di bawah.
Tempat nak beli pulak semestinya di lelong.com.my. Memang aku suka beli barang online. Seller handphone ni hantar pakai courier Skynet. Bagusnya pakai courier ni kita boleh track status barang kita tu, macam Pos laju jugak la. Setakat ni, Skynet cuma mengambil masa 1 hari untuk menghantar barangan kepada aku. Tapi entah kenapa, handphone yang dihantar oleh seller tersebut pada 30 September, sampai hari ini belum sampai. Dah 1 minggu!
Aku juga bukanlah tergolong sebagai pelanggan yang ‘kerek’, banyak kerenah, dan sebagainya. Tapi 1 minggu itu cukup lama bagi aku kalau setakat nak hantar dari Batu Caves ke Nilai. Setelah merujuk kepada seller, aku akhirnya membuat panggilan kepada HQ Skynet. Menurut mereka aku perlu berhubung terus kepada cawangan Skynet di Batu Caves.
Bila aku call Skynet Batu Caves, jawab amoi yang angkat telefon tu “Sila tinggalkan tracking number, nama dan no telefon encik. Kami perlu cek dulu. Kami akan hubungi encik sebentar lagi”. 3 jam aku menunggu, langsung tak ada panggilan. Aku call semula amoi tadi, katanya “Maaf encik, barang tadi tak cek lagi. Kami perlu rujuk pada HQ dulu”. What the??!! Main passing-passing pulak diorang ni.
Akhirnya pada pagi yang mulia ini setelah aku menenangkan diri, maka aku berusaha untuk membuat pangilan sekali lagi. “Maaf encik, barang tersebut kami dah forward ke Nilai dan akan sampai ke tangan encik dalam masa terdekat. Harap encik dapat bersabar”. Ok, ok aku sabar. Walaupun dah seminggu. Sekarang aku sedang menanti barangan aku sampai je (tak tau la sampai ke tidak).
Buat Skynet, jangan la buat pelanggan korang macam ni lagi. Aku tau mungkin kes aku ni terpencil, tapi korang kena faham la masa itu emas. Nak seludup dadah tak susah camni. Huh!!



Comments»
sabor2 ye.. jangan marah2 nanti rezeki susuah nak dekat
salam perkenalan
Salam perkenalan jugak. Jauh mari dari Gaza yek? Hehe
Salam perkenalan. prinsip “customer alway right” sememangnya patut dalam hal nih. Saya cadangkan saudara guna tribunal tuntutanpengguna untuk mengadukan hal ni.
http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=50&Itemid=36
Harap dapat membantu.
TQ
Terima kasih saudara. Saya masih belum berhajat membuat aduan setakat ini. Barang tersebut sekarang sudah di Skynet cawangan Nilai. Malang sekali, di Nilai pun masih tersangkut. Bila ditanya, ada apa-apa masalah ke yang menyebabkan kelewatan, jawabnya tiada. Baru sebentar tadi saya ‘call’ ke Skynet Nilai, panggilan tidak berjawab pula..
Boss aku pernah cakap, “Customer is Always Right”, tapi cam mana kalau customer dah memang, tak kan nak biarkan je. so kena la bagi penjelasan sikit kat customer tu. kalau tak faham2 juga, ahh.. lantak la customer tu hehe..
Aku punya bos pulak, kalau customer tu dah berlagak bagai, dia passing kat aku je. Sebab kalau dia maki hamun lagi terus customer tu kena. Lebih-lebih lagi Pak Arab..
[...] Ini adalah sambungan kepada entri yang lepas [...]