Customer is Not Always Right [UPDATE] October 12, 2009
Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , trackbackIni adalah sambungan kepada entri yang lepas
Pada hari Rabu yang lepas aku telah dihubungi oleh SkyNet cawangan Nilai. Berikut merupakan butiran perbualan kami.
SN : Encik ada order barang dari Nano ke?
Aku : Ya
SN : Barang apa tu?
Aku : Handphone
SN : Jenis apa ye?
Aku : Nokia
SN : Model?
Aku : 1208
SN : Memang satu set handphone ke ataupun dia punya part saja?
Aku : Complete set
SN : Maknanya memang baru lah ye?
Aku : Yup.
SN : Ok. Kami akan hubungi encik kemudian..
Esoknya sekali lagi aku pulak yang call Skynet Nilai. Dan jawapan mereka barang milik aku akan sampai ke tangan aku samada hari Jumaat ataupun Sabtu. Aku merasa agak curiga kerana ianya tak perlu mengambil masa yang lama kerana sudahpun berada di Nilai. Aku tanya ada apa-apa masalah ke yang lewat sampai tu, awek tu kata tak ada. Sabar je la..
Tunggu punya tunggu, sampai hari ni (Isnin) belum sampai lagi. Dengan hati yang tulus suci dan murni, sekali lagi aku call awek tu. 3 kali call barulah berjawab panggilan aku. Katanya sepatutnya handphone tu sampai hari ni, tapi ada masalah sikit. Aku tanyalah masalah apa, dan berikut jawapan awek tu.
SN : Sebenarnya encik, handphone tu dah hilang semasa di office. Jadi polisi kami, barang pelanggan yang hilang kami perlu ganti. Kami dah order handphone yang sama model dengan yang hilang tu. Cuma belum sampai lagi. Itu yang lambat sampai ke tangan encik.
Aku : Kalau macam tu tak apalah. Yang saya nak marah tu bila saya tanya ada apa masalah ke, awak cakap tak ada.
SN : Maaf ye encik. Kalau dah sampai nanti saya call encik ye.
Aku : Ok
Seperti aku terangkan di post sebelum ini, aku bukanlah terdiri dari kalangan pelanggan yang cerewet. Aku boleh faham keadaan syarikat ‘courier’ yang handle banyak barangan setiap hari. Mestilah kadang-kadang ada ‘careless mistake’ ataupun pekerja yang tak amanah kan.
Aku hargai usaha mereka untuk ganti balik handphone tu. Tapi dengan pelanggan yang baik macam aku ni, janganlah sembunyikan apa-apa masalah yang menimpa. Bagitau secara baik jika ada kecuaian. Memanglah dengan sesetengah pelanggan yang ‘kerek’ tu, anda akan dimaki hamun, tapi itu adatlah kan, dah salah kita.
Nasib baik handphone yang aku order tu cikai-cikai je. Kalaulah aku order iPhone ke, Blackberry, tak ke haru diorang nak kena ganti. Apa-apapun para pembaca yang budiman, sama-samalah kita ambil iktibar ke atas tragedi yang menimpa aku ni. Baik anda pengguna ataupun penjual, hormatlah ke atas hak masing-masing. Jangan berlagak tak tentu pasal. Adios..


Comments»
sepatutnya die berterus terang jela
takde la ko susah hati kan..
so sekarang dah dapat ke?
Belum dapat la bro. Takpe, bila diberitahu masalah ni, aku faham la. Lagipun handphone yang ada sekarang ni bolehlah nak pakai lagi sementara..
enset baru bro…
Yup.. Mau aku try antar SMS kat ko ke? haha
enset baru bro…
Ini spam ke apa nih.. Blog yang takde content..