jump to navigation

Kadangkala ‘Sound Direct’ Juga Perlu October 16, 2009

Posted by safwanhussin in : Tazkirah , 3comments

Cerita 1

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Masuk seorang budak lelaki ke dalam Cyber Cafe dan menggunakan PC yang ada untuk melayari internet. Aku kenal wajah itu, pelajar IPT berdekatan. Namun dek kerana kesibukan melayan pelanggan yang ramai, maka tidaklah aku menumpukan perhatian kepadanya.

Selesai aku menunaikan Solat Maghrib, kulihat wajah itu masih ada. Aku biarkan sahaja. Mungkin sekejap lagi dia akan solat, hati kecilku berkata. Diam tak diam, sudah jam 8 malam. Pantas betul masa berlalu. Argh, ini tak boleh jadi. Aku mesti menegur beliau, kalau tak nanti dengan aku sekali diheretnya bila disoal di Akhirat. Lalu aku menghantar mesej ringkas ke PC yang beliau duduki “Waktu maghrib sudah hampir tamat. Harap maklum“. Sekurang-kurangnya aku sudah terlepas bebanan tadi.

(more…)

Peringatan Dari Si Kecil, Ringkas Tapi Tegas September 15, 2009

Posted by safwanhussin in : Tazkirah , 1 comment so far

Salam Ramadhan.

Di tengah-tengah kesuraman Ramadhan yang semakin menghampiri penghujungnya, ‘blog walking’ menjadi rutin harian saya. Harap-harapnya dapat diambil manfaat, walau tak mampu melipatgandakan ibadah-ibadah khusus.

Antara blog yang menarik untuk dibaca adalah blog adik Najwa Safiyyah yang juga merupakan anak kepada Ustaz Zaharuddin Abd Rahman. Saya bawakan petikan dari blog terbabit yang betul-betul menyentuh jiwa.

najwa

Peringatan-peringatan yang biasa kita dengar dari kecil tentang dosa menipu dan balasan dipotong lidah di akhirat nanti sudah semakin luput dari ingatan dengan meningkatnya usia. Bukannya tak tahu, tapi buat-buat lupa.

Mula-mula tipu cikgu di sekolah bila kerja rumah yang diberi tidak siap. Di universiti pula berpakat dengan kawan-kawan untuk tiru tandatangan mereka yang tidak hadir ke kelas. Bila sudah masuk alam pekerjaan minta kawan tolong ‘punch card’ bila datang lewat. Makin lama makin terbiasa dengan dosa-dosa macam ni. Alah bisa tegal biasa orang kata. Bukan saya ye, orang lain. Hehe..

Bila dah diperingatkan oleh si kecil ini, tidakkah kita terasa apa-apa? Usah lihat pada yang berkata, lihatlah pada apa yang diperkatakan.

Hah, dengar tu! Jangan buat macam tu…TAU!