SafwanHussin.Com » Santai

Berpesta Buku di Bangunan UMNO
“Wei, bakpe tak update blog?” tanya Jue, seorang peminat. Eh, seorang kawan. Dia juga seorang lelaki, walaupun nama Jue itu universal. Boleh dipakai untuk lelaki dan perempuan juga. Bukannya taknak update, cuma rasanya tak ada benda menarik yang hendak dikongsi. Oleh kerana saya sudah setkan awal-awal di minda yang blog ini ‘blog peribadi’, maka hanya berbentuk peribadi saja akan dikongsi. Sehinggalah saya menyedari bahawa tidak banyak perkara peribadi yang menarik untuk dikongsi. Kalau menarik pun, tersangatlah peribadi sehingga tak boleh dikongsi. Hehe..

Ok, kita kembali kepada tajuk. Baru-baru ini (sebenarnya semalam) saya ada mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC. Bila saya beritahu kawan-kawan yang saya nak ke Bangunan UMNO, ada pulak yang bertanya “Eh, kau nak buat apa gi bangunan UMNO? Nak demonstrasi ke?”. Ish, ish. Ke situ pulak fikirnya. Jangan ada yang tau pulak PWTC tu bangunan UMNO. Seingat saya yang kuat ingatan ni, usul untuk UMNO membeli PWTC dibuat oleh DS Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Presidennya dulu. Jangan betulkan kalau saya salah ye, hehe.

Ini adalah kali pertama dalam seumur hidup saya pergi ke Pesta Buku sebegini. Sebenarnya saya tak sukakan suasana manusia terlalu ramai sehingga susah bergerak. Jadi dalam bayangan saya, oleh kerana saya pergi pada hari terakhir, maka mestilah pengunjung sudah berkurangan. Ternyata sangkaan saya meleset. Hari terakhirlah banyak diskaun ditawarkan untuk menghabiskan stok buku para penerbit. Hari terakhirlah peluang terakhir dalam setahun untuk ke Pesta Buku. Oh, lupa pula orang kita suka buat kerja saat-saat akhir.

Semalam cuma sempat membeli di 2 booth sahaja. Daripada Sarjana Media dan juga PTS. Sebut sahaja PTS, ramai yang boleh tunjuk arah. “Seberang sungai sana”. Oh, agak glamer. Setiap satu penerbit ini saya dapatkan 4 buah buku. Bila sudah balik baru teringat ada satu buku yang saya teringin sangat nak beli, tapi terlupa. Tajuk bukunya “Hidup Bahagia Dengan Poligami”.

Baru saja mau memegang buku tersebut, sudah ramai perempuan di sekeliling. Segan. Maka saya teruskan ke buku-buku lain dahulu. Agak-agak ‘line’ sudah ‘clear’, dengan serba pantasnya saya kembali ke buku tersebut, lalu sempatlah membelek beberapa halaman. Tetiba ada 2 orang perempuan (wanita muslimah) yang datang dekat kemudian tersengih-sengih memandang saya yang comel ini membaca buku poligami. Aish, tak jadi. Pusing lagi cari buku lain. Sehinggalah saya terlupa kepada buku tersebut.

Jumlah yang saya belanjakan  semalam untuk membeli buku adalah RM97 dan beberapa sen, hehe. Nak buat macam mana, dah bajet pun cuma RM100. Ada masa nanti saya akan kongsikan buku-buku yang saya beli. Yang nyata, saya langsung tak menyesal membeli buku-buku tersebut. Memang apa yang saya cari dan perlukan.

Sekarang baru saja mula membaca “Sepahit Jadam” tulisan Ustaz Mohd Nik Abduh, anak kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat. Bahasanya agak berbunga-bunga. Mungkin agak berat kepada sesetengah orang, cuma lebih ringan daripada buku karangan As-Syahid Syed Qutb, Ma’allim Fittariq.

Seandainya emak saya tahu, pasti beliau tergelak sendirian. Entah bila pulak anaknya ini suka membaca. Haish, ini hobi yang baru dibentuk. Nasib saya baik, dikelilingi ramai rakan yang suka membaca dan menulis (sebenarnya menaip).

Buat semua penulis blog (penaip blog) di luar sana yang menceritakan hal-hal peribadi anda, ada hadnya dalam berkongsi. Takkanlah ‘datang bulan’ pun nak cerita kan? Salam..

Aku Cinta Allah
Oleh kerana dah lama aku tak update blog ni, maka terimalah entri buat cukup syarat je dari aku. Walaupun main cedok-cedok je lirik dari video ni dari internet, harap-harapnya yang membaca, mendengar dan melihat dapatlah mengambil iktibar ye..

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="344" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/fYFF7-d6mkI&hl=en_US&fs=1&" /><param name="allowfullscreen" value="true" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="344" src="http://www.youtube.com/v/fYFF7-d6mkI&hl=en_US&fs=1&" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Andaikan diriku bisa

Seperti yang lain

Yang Kau sayang

Yang Kau rindukan

Yang Kau cintai

Aku lemah tanpaMu aku lelah

Aku sungguh tak berdaya

Tolongku

Tolongku

Yaa Allah

Reff:

Setiap air mataku mengalir

Allah aku lemah dan tak berarti

Setiap derai tangis membasahi

Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah

Aku rindu Allah

Aku Cinta Allah