SafwanHussin.Com » Isu Semasa

Sekitar Isu Penggunaan Nama Allah oleh The Herald
Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 membenarkan penerbitan Herald menggunakan nama Allah di dalam terbitan edisi Bahasa Melayu mereka telah menimbulkan pelbagai polemik. Yang lebih bercelaru adalah di kalangan pemimpin-pemimpin dan golongan agamawan Islam. Pihak Kristian sangat kurang mengeluarkan kenyataan dalam isu ini.

Gereja Katholik di Malaysia sudah lama menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka. KENAPA BARU SEKARANG MENJADI ISU?

Setakat pengetahuan saya (betulkan jika salah), penggunaan nama Allah sebagai ganti God, Lord, dan Jesus hanya ada dalam Bible dan Gereja Kristian di Malaysia, Indonesia, dan negara-negara Arab. Dikhabarkan juga pihak Kristian Eropah tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah ini. Persoalannya, Kristian ini berasal dari mana? Eropah atau Tanah Arab? Kristian mana yang mereka ikut?

Pernah seorang penganut Kristian bertanya kepada saya, mengapa orang Islam menganggap mereka kafir? Kata saya, mengapa perlu anda berasa hati. Kafir itu asal daripada bahasa Arab. Anda mengambil terjemahan Bible daripada Indonesia, yang banyak sekali mengimport perkataan-perkataan daripada Al-Quran. Di sana akhbar itu dipanggil Koran, mengambil sempena nama Al-Quran. Bahkan diambil juga nama Allah, Ka’bah, munafik dan sebagainya. Jadi jangan marahlah jika dianggap kafir kerana itu perkataan Arab. Sejak bila pula Kristian mengangkat martabat bahasa Arab?

Pihak yang menyokong penggunaan nama Allah oleh The Herald berhujah bahasa Allah itu Tuhan kepada semua manusia, bukan hanya umat Islam. Betul, bahkan ulama juga berselisih pendapat dalam hal ini. Cuma, isu ini juga harus dinilai sebagai isu setempat. Maka penyelesaiannya juga harus bersandarkan isu setempat.

Penggunaan nama Allah yang menjadi isu itu adalah dalam BAHASA MELAYU. Majoriti bangsa Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Saya belum berkahwin dan mempunyai anak. Tapi saya risau suatu hari nanti anak saya akan bertanya “Ayah, kenapa Allah ada anak? Bila Dia kawin?”, dan bermacam-macam lagilah soalan yang merisaukan. Lebih-lebih lagi pendidikan akidah Islamiah di Malaysia sekarang ini sangat rapuh.

Yang lebih dahsyat sekarang, dalam isu ini umat Islam menyerang sesama sendiri. Saya bersetuju bahawa ini satu khilaf. Kita boleh mengambil pendirian bersetuju ataupun sebaliknya. Anda sendiri boleh melihat betapa ahli Parlimen muslim yang ‘gatal mulut’ boleh menyerang sesama sendiri dalam hal ini. Lihat sahaja YB Khalid Samad dan YB Zulkifli Nordin. Dan yang lebih mengecewakan saya adalah kenyataan oleh seorang Ustaz muda yang menyerang Dato’ Dr Harun Din dengan penggilan ulama ‘kepala lutut’.

Apa pun alasannya, tanpa perlu kita belajar agama tinggi-tinggi pun kita boleh tahu bahawa panggilan tersebut kurang ajar dan tidak beradab. Bukankah dalam isu ini beliau mendapatkan penjelasan lanjut daripada Ustaz Dato’ Dr Harun Din sendiri? Saya sendiri telah mendengar dan melihat video pendirian Dr Harun Din dan saya boleh mengakui bahawa kenyataannya itu bukan mengkufurkan orang sesuka hati.

Dan yang terakhir adalah tentang Kenyataan Rasmi PAS Pusat yang dikatakan bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Jika anda baca betul-betul kenyataan rasmi tersebut, anda akan mengetahui bahawa sesungguhnya mereka tidak bersetuju di atas penyalahgunaan nama Allah. Sekian..