jump to navigation

Berpesta Buku di Bangunan UMNO March 29, 2010

Posted by safwanhussin in : Santai , 2comments

“Wei, bakpe tak update blog?” tanya Jue, seorang peminat. Eh, seorang kawan. Dia juga seorang lelaki, walaupun nama Jue itu universal. Boleh dipakai untuk lelaki dan perempuan juga. Bukannya taknak update, cuma rasanya tak ada benda menarik yang hendak dikongsi. Oleh kerana saya sudah setkan awal-awal di minda yang blog ini ‘blog peribadi’, maka hanya berbentuk peribadi saja akan dikongsi. Sehinggalah saya menyedari bahawa tidak banyak perkara peribadi yang menarik untuk dikongsi. Kalau menarik pun, tersangatlah peribadi sehingga tak boleh dikongsi. Hehe..

Ok, kita kembali kepada tajuk. Baru-baru ini (sebenarnya semalam) saya ada mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC. Bila saya beritahu kawan-kawan yang saya nak ke Bangunan UMNO, ada pulak yang bertanya “Eh, kau nak buat apa gi bangunan UMNO? Nak demonstrasi ke?”. Ish, ish. Ke situ pulak fikirnya. Jangan ada yang tau pulak PWTC tu bangunan UMNO. Seingat saya yang kuat ingatan ni, usul untuk UMNO membeli PWTC dibuat oleh DS Anwar Ibrahim semasa menjadi Timbalan Presidennya dulu. Jangan betulkan kalau saya salah ye, hehe.

(more…)