jump to navigation

Kadangkala ‘Sound Direct’ Juga Perlu October 16, 2009

Posted by safwanhussin in : Tazkirah , 3comments

Cerita 1

Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Masuk seorang budak lelaki ke dalam Cyber Cafe dan menggunakan PC yang ada untuk melayari internet. Aku kenal wajah itu, pelajar IPT berdekatan. Namun dek kerana kesibukan melayan pelanggan yang ramai, maka tidaklah aku menumpukan perhatian kepadanya.

Selesai aku menunaikan Solat Maghrib, kulihat wajah itu masih ada. Aku biarkan sahaja. Mungkin sekejap lagi dia akan solat, hati kecilku berkata. Diam tak diam, sudah jam 8 malam. Pantas betul masa berlalu. Argh, ini tak boleh jadi. Aku mesti menegur beliau, kalau tak nanti dengan aku sekali diheretnya bila disoal di Akhirat. Lalu aku menghantar mesej ringkas ke PC yang beliau duduki “Waktu maghrib sudah hampir tamat. Harap maklum“. Sekurang-kurangnya aku sudah terlepas bebanan tadi.

(more…)

Customer is Not Always Right [UPDATE] October 12, 2009

Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , 6comments

skynet-lagi

Ini adalah sambungan kepada entri yang lepas

Pada hari Rabu yang lepas aku telah dihubungi oleh SkyNet cawangan Nilai. Berikut merupakan butiran perbualan kami.

(more…)

Customer is Not Always Right October 7, 2009

Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , 7comments

Seingat aku semenjak di sekolah menengah lagi kita sudah diperkenalkan dengan “konsumerisme” dalam subjek Kemahiran Hidup. Kita diajar bagaimana menjadi pengguna yang bijak, hak-hak sebagai pengguna, sehinggalah istilah ‘Customer is Always Right’. Kebanyakan sekolah rendah yang bertuah juga ada mendidik murid-murid mereka tentang kepenggunaan melalui majalah yang dibekalkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Tidak dinafikan, aku juga seketika dulu berpegang kuat dengan istilah tersebut lebih-lebih lagi setelah menjadi Naib Johan berkumpulan Kuiz Pengguna peringkat sekolah-sekolah Daerah Rompin (itu pun nak cerita ke? Ahaks!!). Namun pegangan tersebut perlahan-lahan mulai pudar semenjak aku mula memasuki alam pekerjaan.

(more…)