Sekitar Isu Penggunaan Nama Allah oleh The Herald January 9, 2010
Posted by safwanhussin in : Isu Semasa , 2commentsKeputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 membenarkan penerbitan Herald menggunakan nama Allah di dalam terbitan edisi Bahasa Melayu mereka telah menimbulkan pelbagai polemik. Yang lebih bercelaru adalah di kalangan pemimpin-pemimpin dan golongan agamawan Islam. Pihak Kristian sangat kurang mengeluarkan kenyataan dalam isu ini.
Gereja Katholik di Malaysia sudah lama menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka. KENAPA BARU SEKARANG MENJADI ISU?
Menjadikan Hidup Lebih Bererti December 23, 2009
Posted by safwanhussin in : Luahan Rasa , add a commentSeminar Smart Blogging anjuran Rohaizad.Com berjaya diadakan dengan jayanya pada 19 Disember yang lalu di UTM. Banyak input yang aku dapat, juga dapat memuhasabahkan diri aku. Dah lama aku berhajat nak pergi seminar ni, tapi banyak jugalah halangan.
Privacy Control di Facebook December 13, 2009
Posted by safwanhussin in : Uncategorized , 2commentsMasih ingatkah tentang kes pekerja dipecat kerana satu update status di Facebook (FB) beliau? Pekerja terbabit telah secara teranga-terangan mengutuk bos terbabit sambil terlupa bahawasanya bos beliau juga termasuk dalam senarai rakan FB beliau.
Hari ni baru aku perasan ada fungsi Privacy Control yang disediakan oleh FB. Melalui fungsi ni anda boleh mengawal siapa yang akan membaca setiap update status anda, contohnya bos. Penting ke fungsi ni? Mungkin anda tersilap langkah suatu masa dulu dengan main ‘add’ je seberapa ramai rakan yang anda nak. Sampai anda tak sedar ada je orang duduk mengendap setiap pergerakan anda di FB. Manalah tau yang berniat tak baik ke. Jadi melalui Privacy Control ni anda boleh tetapkan orang yang anda kenal sahaja untuk membaca setiap update anda.
Apa pun, janganlah disalahgunakan kemudahan yang disediakan Facebook ini. Jika anda tidak berpuas hati dengan bos anda, cakap saja depan-depan dengan beliau. Tak payahlah main cakap belakang-belakang, dapat dosa saja-saja nanti. Jika anda tak berani nak berdepan, baik diam saja.
Update : Aku berjaya membeli lesen sah Windows 7 Ultimate Retail (bukan OEM tau) setelah mengumpul duit yang cukup. Cuma belum ada mood nak install lagi sebabmasih selesa dengan Ubuntu ni.. Jadi kepada semua, elakkan cetak rompak perisian. Jika tak mampu untuk membeli yang original, bertukarlah
Aku Cinta Allah December 7, 2009
Posted by safwanhussin in : Santai , add a commentOleh kerana dah lama aku tak update blog ni, maka terimalah entri buat cukup syarat je dari aku. Walaupun main cedok-cedok je lirik dari video ni dari internet, harap-harapnya yang membaca, mendengar dan melihat dapatlah mengambil iktibar ye..
Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai
*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah
Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi
**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah
Kadangkala ‘Sound Direct’ Juga Perlu October 16, 2009
Posted by safwanhussin in : Tazkirah , 3commentsCerita 1
Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Masuk seorang budak lelaki ke dalam Cyber Cafe dan menggunakan PC yang ada untuk melayari internet. Aku kenal wajah itu, pelajar IPT berdekatan. Namun dek kerana kesibukan melayan pelanggan yang ramai, maka tidaklah aku menumpukan perhatian kepadanya.
Selesai aku menunaikan Solat Maghrib, kulihat wajah itu masih ada. Aku biarkan sahaja. Mungkin sekejap lagi dia akan solat, hati kecilku berkata. Diam tak diam, sudah jam 8 malam. Pantas betul masa berlalu. Argh, ini tak boleh jadi. Aku mesti menegur beliau, kalau tak nanti dengan aku sekali diheretnya bila disoal di Akhirat. Lalu aku menghantar mesej ringkas ke PC yang beliau duduki “Waktu maghrib sudah hampir tamat. Harap maklum“. Sekurang-kurangnya aku sudah terlepas bebanan tadi.


